Your Economy Smartphone & Tablet Repair Services

Post Top Ad

Post Top Ad

Monday, February 22, 2016

Bagaimana meghentikan langganan AUTO-SUBSCRIBE?

Kebanyakan pengguna prepaid pasti menghadapi masalah AUTO-SUBSCRIBE atau langganan yang mereka sendiri tidak pernah mendaftar. Tiba-tiba, mesej dari nombor 27272, 39300, 29991 dan sebagainya masuk ke peti mesej berkali-kali. Dan pada masa yang sama, kredit anda juga ditolak berkali-kali sehingga habis walaupun anda jarang membuat panggilan atau sms.


Nombor-nombor seperti diatas kerap diterima oleh pengguna Celcom dari pihak ketiga dan menyebabkan kehabisan kredit. Salah satu cara untuk mengatasi masalah tersebut adalah melalui Celcom Customer Service, sama ada anda pergi ke centre terdekat atau menghubungi talian mereka.


Namun, terdapat cara mudah sekiranya anda tinggal jauh dari centre terdekat atau tidak mahu membazir kredit menghubungi Customer Service. Mula-mula, kenalpasti nombor talian yang sering menghantar mesej-mesej tersebut. Kemudian hantar mesej ke nombor talian masing-masing mengikut panduan di bawah.

Talian AUTO-SUBSCRIBE                  Mesej
27272                                                STOPALL
29991                                                STOPALL
29999                                                STOP INSTA
37873                                                STOPMMS (reply dalam 15 minit)
39300                                                STOPMMS





Mesej-mesej diatas kemungkinan akan dikenakan cas perkhidmatan bergantung pada servis masing-masing. Tetapi anda tidak lagi perlu risau kemudian tentang kekurangan kredit akibat AUTO-SUBSCRIBE.

No comments:

Post a Comment